KENYATAAN AKHBAR OLEH YB MENTERI LUAR NEGERI MENGENAI LAPORAN MEDIA BAHAWA INDONESIA AKAN MENGENAKAN PEMERIKSAAN KESELAMATAN MENYELURUH KE ATAS PELAWAT DARI MALAYSIA

Kementerian Luar Negeri akan mendapatkan penjelasan lanjut daripada Kementerian Luar Negeri Republik Indonesia mengenai laporan media bahawa pihak berkuasa Indonesia akan mengenakan pemeriksaan menyeluruh di lapangan terbang Indonesia ke atas pelawat rakyat asing termasuk dari Malaysia. Buat masa ini, Kementerian Luar Negeri belum dimaklumkan secara rasmi mengenai cadangan pelaksanaan pemeriksaan keselamatan tersebut. Kementerian Luar Negeri sedia maklum bahawa pihak berkuasa lapangan terbang sentiasa menjalankan pemeriksaan keselamatan secara rawak ke atas penumpang dari luar negara.

Malaysia dan Republik Indonesia mempunyai kerjasama yang baik dalam menangani jenayah rentas sempadan termasuk ancaman dadah. Ancaman dadah rentas sempadan perlu terus ditangani secara bersama di antara pihak berkuasa kedua-dua negara

.

Source: Ministry Of Foreign